Saturday 11 March 2017

MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA

VADAI :












Vadai adalah sejenis makanan orang India selatan yang lebih enak dimakan bersama chutney atau kuah kari. Terdapat dua jenis vadai iaitu yang diperbuat daripada kacang dal dan kentang. Satu jenis lagi diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak dan biasanya terdapat hirisan cili hijau, cili merah, daun kari dan bawang merah didalamnya.


TOSAI 



Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan.Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.


Nasi daun pisang:



Masyarakat India juga terkenal dengan hidangan yang dimakan di atas daun pisang yang dipercayai boleh membantu sistem penghadaman. Nasi yang dimakan beralaskan daun pisang ini akan dihidang bersama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadam. Biasanya ia hanya akan diletakkan kuah kari sahaja, dagingnya tidak dihidang bersama kerana nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India dan secara tradisionalnya, ia akan dimakan dengan menggunakan tangan



PUTU MAYAM:


Putu Mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan menggalakkan dari semua bangsa. Kini, ia turut dinikmati oleh semua kaum di Malaysia, Sri Lanka, dan Singapura sebagai snek yang biasanya dimakan ketika sarapan pagi. Putu Mayam yang diperbuat daripada adunan tepung beras ini enak dihidang bersama kelapa parut dan gula Melaka.


No comments:

Post a Comment