Saturday 11 March 2017

MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT SABAH

HINAVA:
 
Hinava merupakan salah satu makanan tradisional bagi masyarakat Sabah. Ia merupakan makanan tradisi bagi kaum Kadazandusun Sabah. Makanan ini sangat diminati oleh kaum tersebut. Kebiasaanya Hinava atau dikenali juga sebagai Hinava Ginapan dibuat daripada ikan segar. Isi ikan yang biasa diguna untuk membuat Hinava adalah isi ikan yu atau tenggiri. Walaubagaimanapun , ikan lain juga boleh digunakan untuk membuat Hinava termasuklah udang dan sotong. Hinava selalunya dihidangkan untuk majlis-majlis perkahwinan dan juga menjadi hidangan istimewa bagi kaum kadazandusun ketika Tadau Kaamatan.

                                                

BOSOU:

Bosou juga merupakan makanan tradisi masyarakat Sabah. Bosou juga dikenali sebagai Tonsom dan bagi sesetengah masyarakat Sabah di Ranau mengenalinya sebagai Tinamba. Bosou adalah makanan yang dihasilkan  daripada isi ikan merah atau daging yang dijeruk selama lebih kurang lima ke tujuh hari sebelum dihidang untuk dimakan. Biasanya bosou yang telah siap dihasilkan akan disimpan ke dalam bekas plastik atau penutup botol yang mempunyai penutup botol yang rapat agar bau bosou yang kuat tidak keluar. Ini adalah bagi mengelakkan bosou daripada dihinggapi lalat.




SUP MANUK LIHING:

Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu. Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia.Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk tempatan. Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan 'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini.
                                             

                                                Image result for sup manuk lihing










MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA

VADAI :












Vadai adalah sejenis makanan orang India selatan yang lebih enak dimakan bersama chutney atau kuah kari. Terdapat dua jenis vadai iaitu yang diperbuat daripada kacang dal dan kentang. Satu jenis lagi diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak dan biasanya terdapat hirisan cili hijau, cili merah, daun kari dan bawang merah didalamnya.


TOSAI 



Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan.Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.


Nasi daun pisang:



Masyarakat India juga terkenal dengan hidangan yang dimakan di atas daun pisang yang dipercayai boleh membantu sistem penghadaman. Nasi yang dimakan beralaskan daun pisang ini akan dihidang bersama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadam. Biasanya ia hanya akan diletakkan kuah kari sahaja, dagingnya tidak dihidang bersama kerana nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India dan secara tradisionalnya, ia akan dimakan dengan menggunakan tangan



PUTU MAYAM:


Putu Mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan menggalakkan dari semua bangsa. Kini, ia turut dinikmati oleh semua kaum di Malaysia, Sri Lanka, dan Singapura sebagai snek yang biasanya dimakan ketika sarapan pagi. Putu Mayam yang diperbuat daripada adunan tepung beras ini enak dihidang bersama kelapa parut dan gula Melaka.


MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA


Yee Sang:


Image result for yee sang

Yusheng, yee sang atau yuu sahng ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.




Dim Sum:


Dim Sum ialah sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas dan dihidang bersama teh Cina.Hidangandim sum disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut serta buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidangkan dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina.




Kuih Bakul :
Image result for kuih bakul


Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Secara tradisi, kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" di mana perkataan (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan (gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".


CHAR KWAY TEOW :   


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.

Friday 10 March 2017

MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

NASI LEMAK :

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura.Kebiasaannya nasi lemak dijadikan menu sarapan pagi bagi masyarakat Malaysia. Namun kini ada nasi lemak turut dihidangkan pada menu makan malam di kedai makan atau warung-warung di Malaysia. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kebiasaannya kaum melayu menghidangkan nasi lemak dengan telur rebus,timun,ikan bilis goreng dan sambal. Selain daripada telur rebus, nasi lemak kini dihidangkan dengan pelbagai hidangan seperti ayam goreng berempah,sotong sambal,udang sambal,serta rendang daging.

                                                      Image result for makanan tradisional masyarakat malaysia

LEMANG:

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada musimperayaan seperti Hari Raya Aildilfitri. Semua masyarakat daripada pelbagai kaum amat mengemari akan makanan tradisi ini. Lemang merupakan hidangan istimewa di Malaysia. Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar hingga masak. Kaedah memasak dengan menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

                                                   
                                                      


RENDANG :

Rendang adalah masakan yang berasal dari kumpulan etnik Minangkabau Indonesia, dan sekarang umumnya dilayani di seluruh negara.  Salah satu makanan istimewa budaya Minangkabau, itu disajikan pada acara-acara istiadat dan untuk menghormati tetamu. Juga popular di Malaysia dan Singapura, rendang secara tradisional disusun oleh masyarakat Malaysia semasa perayaan. Kebiasaannya rendang akan dimakan dengan pulut kuning dan lemang.


                                                 

SATE :

Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19.Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:
  1. Sate arnab
  2. Sate perut
  3. Sate pedal                                                           
  4. Sate kerang
  5. Sate ikan
  6. Sate ampai-ampai
                                   


    

PENGENALAN KEPADA MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

 Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.Makanan tradisional ini bukan sahaja diminati oleh masyarakat kita malah turut diminati oleh golongan antarabangsa.Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India.Terdapat pelbagai jenis makanan tradisional mengikut kaum utama di Malaysia.Antaranya ialah Nasi Lemak,Roti Canai dan Yong Tau Fu.Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular walaupun Malaysia kini sudah mencapai status negara maju.Makanan tradisional ini boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.Terdapat juga pelbagai usaha dalam memajukan lagi makanan tradisional di Malaysia.


             Image result for makanan tradisional malaysia         Image result for makanan tradisional malaysia
                             NASI LEMAK                                               ROTI CANAI

                                                                 
                                                Image result for yong tau fu 
                                                                         YONG TAU FU

Dalam kita memajukan industri makanan tradisional ini, kita boleh mempelbagaikan produk industri makanan yang sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian sesuatu produk dapat menarik minat pelanggannya. Biar kita ambil contoh, kuih Bahulu. Dahulunya, kuih Bahulu memang popular pada musim-musim perayaan sahaja. Dalam era moden ini, kuih Bahulu semakin menambat hati raja sehari yang mempelbagaikan bungkusan kuih Bahulu untuk cenderahati tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan mereka. Dalam hal ini, kuih Bahulu telah menjadi popular di samping terkenal dalam kalangan generasi kini. Usaha sebegini haruslah diteruskan agar kuih-kuih tradisional akan terus terkenal di seantero dunia.